Baru 3 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, banyak pembaharuan besar sudah mula diperkenalkan demi memulihkan negara dan memperkukuhkan ekonomi Malaysia.
Dalam tempoh yang singkat ini, kita dapat lihat pelbagai usaha dilakukan untuk menarik pelaburan asing, meningkatkan keyakinan pelabur dan memastikan ekonomi negara kembali stabil selepas melalui pelbagai cabaran sebelum ini.
Kadar pertumbuhan ekonomi negara juga menunjukkan perkembangan yang positif. Banyak pihak luar mula melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang semakin diyakini dan mempunyai hala tuju yang lebih jelas.
Selain itu, kerajaan MADANI turut berjaya melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam yang dianggap antara terbesar dalam sejarah moden negara. Ini sedikit sebanyak membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar.
Bukan itu sahaja, kerajaan juga menaikkan gaji minimum kepada RM1700 sebagai usaha memastikan kebajikan pekerja terus terbela dan rakyat bawahan tidak terus tertekan.
Dalam masa yang sama, banyak bantuan bersasar dan inisiatif rakyat diperkenalkan supaya golongan memerlukan tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.
Apa yang ramai nampak sekarang ialah pentadbiran negara lebih stabil berbanding beberapa tahun sebelum ini. Kestabilan politik sangat penting kerana tanpa kestabilan, sukar untuk ekonomi berkembang dengan baik.
Walaupun masih ada kelemahan dan perkara yang perlu diperbaiki, tidak adil untuk menafikan bahawa banyak perubahan sudah mula berlaku dalam tempoh 3 tahun ini.
Malah ramai percaya, pembaharuan yang sedang berjalan sekarang perlukan masa untuk benar-benar menampakkan hasil besar kepada rakyat dan negara pada masa depan.
Sebab itu ramai berpendapat alangkah bagus jika Anwar terus diberi peluang lagi sepenggal supaya segala perancangan, reformasi dan usaha membangunkan ekonomi negara dapat diteruskan sehingga benar-benar mencapai hasil yang maksimum.